Tuesday, September 29, 2009





Ada lagi ni..

Monday, September 28, 2009

Bilal memeluk Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

DALAM ISLAM YANG MEMBEZAKAN KITA ADALAH TAKWA BUKANNYA WARNA KULIT. - Gambar hiasan


BILAL bin Rabah seperti yang diceritakan oleh Abdul Latip Talib dalam bukunya; Bilal bin Rabah, Pengumandang Seruan Langit, begitu mengharungi pahit getir sebagai hamba.

Ditambah dengan warna kulitnya yang hitam itu, Bilal menjadi mangsa masyarakat Arab yang mengamalkan dasar diskriminasi warna, iaitu aparteid.

Bilal dipandang hina oleh kebanyakan penduduk Arab dan boleh diperlakukan apa sahaja dan tidak layak dilayan seperti manusia.


Telah diberi makan, minum dan tempat tinggal sudah cukup baik. Jangan bertanyakan soal upah kerja mahupun hendak memiliki harta, hak-hak itu dinafikan bagi mereka yang bergelar hamba!

Jadi, apabila Bilal digula-gulakan dengan tawaran merdeka jika berjaya membunuh Nabi SAW, peluang seperti ini terlalu sukar dilepaskan.

Lalu bersama sebilah pisau tajam yang dilumur racun tersembunyi di sebalik jubah, Bilal melangkahkan kaki menuju ke rumah Abu Bakar As Siddiq. Ini kerana hanya melalui Abu Bakar sahaja, Bilal akan dibawa menemui Nabi SAW.

Sebelum itu sebenarnya, Bilal pernah menemui Abu Bakar ketika sahabat baik Nabi itu datang menemui tuannya, Umaiyyah bin Khalaf atas urusan perniagaan.

Bilal mendapati sahabat tuannya itu mempunyai watak yang sangat berbeza. Tidak seperti Umaiyyah yang bengis, kejam dan tidak berperi kemanusiaan .

Abu Bakar ialah seorang yang mempunyai hemah yang tinggi, berbudi bahasa, menghormati kawan dan lawan dan tidak pernah memandang hina kepada sesiapa pun.

Dalam pertemuan itu Bilal bertanya bagaimana Abu Bakar boleh memeluk Islam dan apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada agama itu sehingga semakin ramai meninggalkan penyembahan berhala yang selama ini begitu dipertahankan.

Lalu Abu Bakar pun dengan senang hati menjawab segala pertanyaan Bilal sehingga hamba itu sendiri begitu tertarik mendengarkannya.

Ini apabila Abu Bakar memberitahu bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang memberi keadilan dan kedudukan sama rata kepada semua penganutnya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan rupa.

Tidak ada golongan hamba kecuali mereka yang bertakwa, orang itulah yang akan mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah!

"Jika seorang hamba sekalipun, andai dia mempunyai iman yang teguh terhadap Allah, maka dialah yang mendapat tempat dan dipandang mulia oleh agama.

"Bukan seperti yang berlaku sekarang, manusia dipandang mulia kerana warna kulit. Sedangkan semua itu tidak sepatutnya membeza-bezakan kita semua," kata Abu Bakar.

Kata-kata Abu Bakar menyebabkan Bilal semakin teruja dan tidak sabar-sabar meminta supaya diislamkan dengan segera.

Beliau yakin hanya dengan Islam sahaja, kebebasan hidup sebagai manusia dapat beliau rasai.

Namun Abu Bakar menasihatkan Bilal supaya menunggu masa yang sesuai dan lebih selamat untuknya memeluk Islam. Ini kerana Abu Bakar lebih bimbangkan keselamatan Bilal, takut akan diseksa oleh tuannya, Umaiyyah yang terkenal dengan sifat kejam dan bengisnya itu.

Bilal akur dengan nasihat Abu Bakar namun di hatinya tidak mampu menahan untuk menemui Nabi SAW.

Kali ini beliau sebenarnya berjaya mengelabui tuannya, beliau sama sekali tidak memperalatkan Abu Bakar dalam usaha untuk menemui dan membunuh Rasulullah SAW.

Rahsia

Ini kerana pada mulanya Umaiyyah tidak setuju Bilal hendak menemui Abu Bakar kerana dikhuatiri rahsia rancangan mereka akan bocor dan gagal membunuh Nabi yang kini menjadi musuh ketat golongan kafir Quraisy.

Namun Bilal memberi jaminan, Abu Bakar digunakan semata-mata untuk membawanya menemui Nabi Muhammad. Ini kerana baginda sering berada di tempat-tempat yang dirahsiakan dan tidak diketahui oleh orang ramai bagi menyampaikan ajaran Islam secara lebih mendalam.

Umaiyyah sebenarnya tidak mengetahui bahawa Abu Bakar telah mengetahui segala rahsia rancangan jahat itu sebagaimana yang diberitahu sendiri oleh Bilal.

Lalu kedua-dua mereka berpura-pura saling tidak mengetahui niat masing-masing dan memberi jaminan bahawa Bilal pasti dapat menemui baginda kerana Abu Bakar sahaja yang mengetahui di mana Nabi SAW berada.

Bilal akhirnya berjaya menemui satu-satunya manusia yang ingin beliau temui dan berharap menjadi 'hamba' kepada Nabi Muhammad setelah melalui hidup yang amat membosankan sebagai hamba kepada Umaiyyah.

Dalam pertemuan beliau dan baginda di rumah Arqam bin Abi Al Arqam di kaki bukit Safa, Bilal langsung tidak mengeluarkan pisau tajam lagi beracun yang tersisip di pinggang tersembunyi di sebalik jubah.

Beliau sama sekali tidak mengkhianati Abu Bakar malah yang beliau keluarkan hanyalah tangannya yang bersih berjabat dengan Nabi Muhammad untuk mengakui "bahawa tiada yang wajib disembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah".

Tanpa sebarang keraguan lagi. Maka rasmilah kini, Bilal memeluk Islam sebagaimana beberapa golongan hamba lain yang turut memeluk Islam kerana tidak tahan lagi hidup di bawah rejim kafir Quraisy.

Malah sejurus melafazkan syahadah itu, Bilal mula merasai nikmat keislaman mengalir ke segenap darah dan tubuhnya. Terasa nyaman lagi menyejukkan. Ditambah senyuman dan layanan baik Rasulullah sudah cukup menjadi pemangkin untuk beliau keluar dari naluri penghambaan.

Beliau sama sekali tidak menyangka golongan hamba sepertinya, yang sering dipandang hina, sudi diterima oleh baginda sebagai pengikutnya.

Ini menjadikan beliau, Bilal yang baru. Bukan lagi hamba tetapi menjadi lebih berani dan tidak lagi menghiraukan ancaman dan ugutan dari Umaiyyah atau sesiapa sahaja.

Bilal kemudian menghabiskan masa hampir sehari dengan Nabi Muhammad untuk mengenali dan mempelajari Islam secara lebih dekat.

Apabila tiba masanya untuk pulang, Bilal benar-benar berat hati untuk meninggalkan Nabi dan para sahabat yang lain di rumah Al Arqam itu.

Namun berbekal semangat yang baru, Bilal dikatakan terus menuju ke kaabah dan menghampiri patung-patung berhala yang ada di situ.

Beliau benar-benar memandang jijik terhadap patung-patung itu dan mahu sahaja tangannya memusnahkan kesemua patung itu supaya tidak mencemari kaabah yang mulia.

Saat itu juga beliau ternampak seorang lelaki yang sedang menyembah salah satu berhala kerana meminta perniagaannya dapat diselamatkan dan keluarganya tidak ditimpa musibah akibat kerugian yang beliau alami.

"Adakah patung itu boleh memakbulkan doa kamu?," Pertanyaan Bilal yang mengundang renungan tajam lelaki itu.

"Wahai Bilal, apakah kamu sudah tidak percaya kepada tuhan-tuhan kita? Kamu tidak takut dilaknat oleh al Latta dan al Uzza?," kata lelaki itu dengan nada suara yang terkejut.

"Saya tidak pernah menyembah patung-patung itu dan tidak pernah berdoa kepadanya. Berhala itu tidak boleh berkata-kata, tidak boleh mendengar dan melihat. Bagaimana pula dia boleh mendengar permintaan kamu?," kata Bilal.

"Wahai Bilal, adakah kamu sudah menjadi pengikut Muhammad?," tanya lelaki itu dengan rasa marah yang meluap-luap.

"Tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad itu memang pesuruh Allah," jawab Bilal.

Lelaki itu begitu marah dan mengancam untuk mengadukan mengenai Bilal yang telah berpaling tadah kepada Islam itu kepada tuannya, Umaiyyah bin Al Khalaf.

Ancaman

Bilal sama sekali tidak takut dengan ancaman itu malah mengejek lelaki itu dengan terus meludah ke arah patung berhala itu. Malangnya perbuatannya itu turut dilihat oleh Abu Lahab

Abu Lahab begitu marah dengan sikap Bilal dan mengugut untuk memberitahu kepada Umaiyyah.

Bilal sudah tidak menghiraukan lagi dengan ugutan seperti itu dan terus pulang untuk menemui tuannya.

Di rumah, Umaiyyah begitu tertunggu-tunggu kepulangan Bilal dan tidak sabar-sabar menantikan berita yang bakal dibawa oleh hambanya itu.

Sebaik sahaja Bilal menjejakkan kaki ke rumahnya, Umaiyyah terus menerpa Bilal dan bertanyakan mengenai rancangan membunuh itu.

Alangkah terkejut Umaiyyah apabila Bilal dengan tenang memberitahu bahawa beliau belum lagi membunuh Nabi Muhammad.

"Kenapa belum? ataupun kamu sengaja mengingkari perintah aku?" tanya Umaiyyah kepada Bilal dengan nada yang keras.

"Saya belum dapat bertemu Muhammad kerana nabi itu berada di tempat rahsia. Hanya pengikut-pengikut yang setia sahaja dapat menemui Nabi.

"Jadi, benarkanlah saya menjadi 'pengikut' Muhammad mungkin hanya dengan cara itu sahaja kita tahu di mana beliau berada dan mudah untuk kita membunuhnya" jawab Bilal.

Umaiyyah cukup marah dengan jawapan Bilal namun tanpa banyak pilihan beliau terpaksa setuju dengan cadangan Bilal itu. Asalkan sahaja Bilal dapat membunuh Nabi Mohammad itu.

Ikuti keluaran datang, akibat Bilal meludah patung-patung berhala, apakah yang terjadi pada hamba kulit hitam itu?


Ada lagi ni..

Wednesday, September 16, 2009

Sekolah cuti khas Jumaat ini

16/09/2009 4:42pm

PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama



Ada lagi ni..

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Khatam Al-Quran 2009 Peringkat SK Membedai




Ada lagi ni..

Monday, September 14, 2009

Sekolah dibenar ambil cuti peristiwa sempena Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

"Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk mengambil cuti peristiwa iaitu bagi sekolah yang masih mempunyai baki cuti peristiwa, atau cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis cuti peristiwanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sekolah di negeri yang hari hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu boleh bercuti pada Khamis 17 September manakala sekolah di negeri yang hari hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad dibenarkan bercuti pada Jumaat, 18 September.

"Sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan itu pada Sabtu, 31 Oktober," katanya.

Beliau berkata semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan itu mengikut kes-kes yang memohon sahaja manakala semua Pejabat Pelajaran Daerah dikehendaki memantau pelaksanaannya. - Bernama


Ada lagi ni..

Friday, September 11, 2009

Persediaan belajar di bulan puasa

Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

TERDAPAT segelintir murid yang beranggapan puasa merupakan satu amalan yang menjadi halangan untuk belajar. Selalunya mereka mengaitkan amalan puasa ini dengan keadaan letih dan lapar yang boleh mengganggu proses pembelajaran.


Anggapan seumpama itu sebenarnya salah. Apabila disebut sebagai amalan sudah tentu ia mempunyai hikmah atau ganjaran di sebaliknya. Sebenarnya sepertimana yang telah diketahui bulan Ramadhan itu sendiri merupakan bulan yang mulia. Pada bulan itu setiap umat Islam disuruh meningkatkan lagi ibadah. Ilmu itu ialah satu amalan dan ianya merupakan satu ibadah. Oleh itu setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat pahala atau ganjaran yang berlipat kali ganda jika ianya dilakukan secara ikhlas.

Oleh yang demikian amalan belajar serta menduduki peperiksaan di bulan Ramadhan ini amatlah baik. Menyedari hakikat ini murid-murid haruslah berusaha dengan mempelajari dan mengulang kaji pelajaran secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Semoga keikhlasan kita belajar serta kesanggupan kita menghadapi pelbagai cabaran akan mendapat petunjuk daripada Allah. Janganlah bulan puasa ini dijadikan alasan untuk mengelak diri kita daripada membuat persiapan menghadapi peperiksaan malah kita harus meningkatkan lagi usaha kita untuk belajar.

Murid-murid seharusnya mengambil peluang seluas-luasnya masa yang ada di bulan Ramadhannya ini dengan mengimbangi antara belajar dengan beramal yang dapat dilakukan seperti berikut:

• Beramal: Memastikan murid berpuasa sepanjang masa dengan tidak melanggari syarat yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala. Murid juga harus meningkatkan amalan solat termasuk solat tarawih dan qiamullial.

• Berdoa: Banyakkan berdoa agar segala hajat kita yang baik itu akan dimakbulkan oleh Allah. Jadikan doa ini sebagai amalan sepanjang masa yang boleh menjadi benteng pada diri kita daripada menerima apa-apa musibah.

• Belajar: Tingkatkan usaha kita untuk belajar. Ingat! belajar di bulan Ramadhan ini banyak pahalanya. Jika menghadapi kesukaran jangan kecewa atau berputus asa. Ambil tindakan segera agar segala pembelajaran boleh difahami dan mendapat penjelasan yang sepenuhnya.

Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini akan meningkatkan kemulian diri kita dalam proses membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Ingat! setiap amalan yang ikhlas itu akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah. InsyaAllah!



Ada lagi ni..

Majlis Khatam Al-Quran 2009 Peringkat SK Membedai

11 September, Jumaat - Rentetan daripada Majlis Tadarrus al-Quran yang telah diadakan dalam bulan yang mulia ini, pihak Panitia Pendidikan Islam telah merancang untuk mengadakan satu lagi majlis yang berkat iaitu Majlis Khatam al-Quran Peringkat SK Membedai.

Untuk makluman pihak pengunjung yang dihormati, SK Membedai akan mengadakan majlis tersebut pada 15 September 2009. Dalam majlis yang sama, semua pelajar akan menerima sedikit sumbangan duit raya daripada Panitia Pendidikan Islam. Jangan pula duit tu untuk beli mercun...


Ada lagi ni..

Bacaan Yasin Mingguan (11 September 2009)

8 September, Jumaat - Aktiviti mingguan SK Membedai (Bacaan Yasin)anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Membedai. Aktiviti ini disertai oleh semua guru dan pelajar muslim.

Terima kasih kepada Pegawai Angkat SK Membedai
Ust. Mohd. Farihi b. Ab. Halim, Jab. Pelajaran WP Labuan
kerana turut hadir bersama-sama membaca Yasin dalam majlis ini.



Ada lagi ni..

Thursday, September 10, 2009

REDtone lancar peraduan 1Malaysia dalam talian


Murid mengibarkan Jalur Gemilang sebagai bersatu-padu di bawah konsep 1Malaysia.
___________________________________________________________________

PELAJAR-pelajar sekolah rendah baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak berpeluang meluahkan perasaan mereka dan berkongsi pandangan mereka mengenai 1Malaysia dalam peraduan yang dianjurkan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi alternatif, REDtone International Bhd (REDtone).

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Zainal Amanshah berkata, Peraduan Melukis dan Menulis Esei 1Malaysia Dalam Talian ini adalah salah satu daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) REDtone dan bertujuan menyokong konsep 1Malaysia.

Menurut beliau, kanak-kanak melihat sesuatu melalui perspektif mereka yang tersendiri dan melalui peraduan ini pihaknya akan mendapat gambaran sepintas lalu mengenai 1Malaysia.

"Kita juga dapat memahami erti perpaduan daripada kaca mata mereka,” katanya semasa pelancaran peraduan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Bahagian Komunikasi), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Peraduan selama sebulan ini dibahagikan kepada dua seksyen – Kategori Junior bagi pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga 3, dan Kategori Senior bagi pelajar Sekolah Rendah Tahun 4 hingga 6.

Peserta-peserta Kategori Junior perlu mengemukakan penyertaan mereka dalam bentuk lukisan manakala bagi Kategori Senior, pelajar-pelajar perlu menulis karangan berbentuk esei. Penyertaan hendaklah dikemukakan secara dalam talian di www.redtone1malaysia.com.my.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori kerana pelajar-pelajar lebih muda dalam Sekolah Rendah 1-3 mampu meluahkan pandangan mereka dalam lukisan.

Manakala bagi pelajar tahap dua, penulisan esei merupakan pendekatan berkomunikasi yang lebih berkesan dalam melahirkan idea-idea mereka.

"Esei boleh ditulis sama ada dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Cina atau Tamil," tambah Zainal.

Dr Mohd Ali Mohamad Nor (kiri) melancarkan Peraduan Melukis dan Menulis Esei 1Malaysia Dalam Talian REDtone di Kuala Lumpur baru-baru ini.
___________________________________________________________________

kata Zainal lagi, REDtone memilih penghantaran penyertaan secara dalam talian di

www.redtone1malaysia.com.my kerana ia secara tidak langsung menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu, penyertaan juga boleh dihantar pada bila-bila masa mengikut kelapangan pelajar.

Sebagai sebahagian daripada projek Portal Pendidikan ICT REDtone, ia juga untuk memudahkan e-pembelajaran dalam kalangan para pelajar dan perkongsian pengetahuan antara guru-guru sekolah.

Peraduan ini bermula dari 24 Ogos hingga 25 September 2009. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di seluruh negara.

Bagi Kategori Junior, ilustrasi boleh sama ada dilukis dengan tangan atau dalam bentuk digital dan hendaklah dikemukakan dalam format JPEG, GIF atau BMP dengan saiz fail tidak melebihi 5MB.

Bagi penyertaan Kategori Senior, panjang esei hendaklah antara 150 hingga 300 patah perkataan.

Lima penyertaan terbaik akan dipilih daripada setiap kategori, dengan setiap pemenang akan membawa pulang komputer meja. Sepuluh hadiah sagu hati berbentuk hamper setiap satu bernilai RM100 juga akan diberi kepada setiap peserta dalam kedua-dua kategori. Sekolah yang mencatat bilangan penyertaan paling ramai dalam setiap kategori juga akan memenangi sebuah komputer meja.

Para pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2009. Untuk butiran lanjut mengenai peraduan, sila lawati www.redtone1malaysian.com.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BG Tay di talian: (03) 7725 1908 or 012-202 5898;

e-mel: bgnexuspr@pd.jaring.my

FAKTA

Kategori Lukisan tangan atau digital untuk murid junior (Tahun 1-3)

Esei antara 150 hingga 300 patah perkataan untuk murid senior (Tahun 4-6)

Mula 24 Ogos 2009

Tarikh tutup 25 September 2009

Keputusan 10 Oktober 2009

Laman web www.redtone1malaysian.com.my


Ada lagi ni..

Wednesday, September 9, 2009





Ada lagi ni..

RM500: CUEPACS ucap terima kasih

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman bantuan khas kewangan sebanyak RM500 bagi kakitangan awam dalam kumpulan sokongan.
Presidennya, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas itu menunjukkan rasa prihatin kerajaan kepada kakitangan awam yang turut menyumbang kepada kemajuan negara.

"Walaupun ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya ekoran krisis global, kerajaan masih mempertimbangkan untuk memberi bantuan khas kepada kakitangan awam.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin dalam meringankan beban kakitangan awam ekoran peningkatan perbelanjaan menjelang Aidilfitri dan persediaan persekolahan hujung tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kakitangan awam dalam kumpulan sokongan.

Bayaran itu dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya pada Disember.

Menurut Najib, bantuan khas kewangan itu yang memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut melibatkan perbelanjaan RM430 juta.

Sementara itu. Omar memberitahu, dengan pemberian bantuan khas tersebut, beliau berharap golongan itu menunjukkan komitmen kerja dan produktiviti lebih cemerlang.

Selain itu, katanya, walaupun jumlah bantuan itu tidak begitu besar namun ia perlu dibelanjakan secara berhemah dan mengikut keperluan.


Ada lagi ni..

Tuesday, September 8, 2009

Sesi persekolahan 2010 bermula 3, 4 Januari

08/09/2009 6:07pm

KUALA LUMPUR 8 Sept — Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.

“Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011,” katanya.

Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.

— BERNAMA


Ada lagi ni..

Monday, September 7, 2009

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN




Ada lagi ni..

MAJLIS IZIN ILMU


Majlis Izin Ilmu SK Membedai pelajar tahun 6. Selamat menduduki UPSR esok!



Ada lagi ni..

Warga SK Membedai 2009

Harap maaf.. Post ini masih dalam penyelenggaraan.
Masih ramai lagi guru yang belum dimasukkan gambarnya.


Ada lagi ni..

Sunday, September 6, 2009

Pengisian Ramadhan

Salam Ramadhan kepada para pengunjung yang dirahmati Allah. Sempena bulan yang mulia ini, SK Membedai tidak terlepas daripada mengadakan program yang mengukuhkan iman di hati.

Program yang dijalankan dalam bulan Ramadhan ini sekaligus merangkap sebagai bulan Panitia Pendidikan Islam SK Membedai. Antara program yang sedang dijalankan adalah aktiviti tadarrus al-Quran peringkat sekolah yang mana ia dijayakan oleh Guru-guru Pendidikan Islam & Guru-guru j-QAF serta murid-murid yang terpilih.

Untuk pengetahuan, program ini merupakan salah satu program tahunan panitia SK Membedai. Sebagai makluman khususnya kepada pihak pengunjung di kalangan ibubapa murid SK Membedai, program ini dijalankan pada setiap hari persekolahan pada jam 7.00-8.00 pagi.

Untuk perhatian Pegawai Angkat SK Membedai,Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Mohd. Farihi b. Ab. Halim, sekiranyan ingin meraikan majlis ini, silalah ke sekolah seperti masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada guru-guru SK Membedai,pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut sama menjayakan aktiviti panitia yang mana mereka juga terlibat dalam program tadarrus al-Quran.


Ada lagi ni..

Kerajaan kaji bonus kakitangan awam

Oleh Azman Mahmood dan Khairul Azran Hussin
bminggu@harian.com.my
NAJIB beramah mesra bersama penduduk sambil diperhatikan Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Mansor (tiga dari kiri) ketika mengadakan lawatan rasmi ke kuarters JKR, Cheras, semalam.

KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu.

"Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.

Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.

"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

"Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.

Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.


Ada lagi ni..

Saturday, September 5, 2009

Kem Literasi Al-Quran 2009

Satu lagi program Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan peringkat negeri akan diadakan di Labuan. SK Membedai sebagai tuan rumah akan menganjurkan Kem Literasi Al-Quran peringkat Labuan.

Program ini akan diadakan pada 8, 9 & 10 September 2009 semasa calon-calon UPSR sedang menguji nasib mereka. kali ini program ini ada sedikit kelainan kerana ia diadakan di sekolah masing-masing. Hanya Fasilitator sahaja yang akan bertukar ke sekolah lain.


Ada lagi ni..

Followers

Pengunjung

Top Viewer

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP